Wednesday, March 28, 2018

Wapres JK Minta Masyarakat Taat Pajak


Wakil Presiden Jusuf Kalla melakukan Penyampaian Surat Pemberitahuan (SPT) Pajak tahunan 2018 melalui e-Filling di Kantor Wapres Jalan Medan Merdeka Utara, Jakarta, Rabu.

“Saya biasanya serahkan SPT di Makasar dan selalu pertama kalau di Makasar. Tapi ini karena kesibukan saya serahkan di sini,” kata Wapres M Jusuf Kalla usai menyerahkan SPT Tahun pajak 2018 di Istana Wapres Jakarta

Dalam kesempatan itu Wapres meminta masyarakat taat membayar pajak. Menurut Wapres, baik pemerintah dan masyarakat sama-sama memiliki hak dan kewajiban.

Hak pemerintah, kata Wapres, adalah menuntut masyarakat bayar pajak. Kewajiban pemerintah adalah membangun sarana sosial dan prasarana.

Saat menyerahkan SPT Wapres Jusuf Kalla juga didampingi putra putrinya. “Kalau di Makasar saya selalu nomer satu untuk pribadi dan perusahaan,” kata Wapres.

Sesuai UU ketentuan Umum dan Tata Cara Perpajakan (KUP), SPT Tahunan harus disampaikan paling lambat 31 Maret bagi wajib pajak pribadi melalui berbagai pilihan, yaitu aplikasi-Filling, Ldrop box” atau datang ke kantor pajak secara langsung.

Tuesday, March 27, 2018

Kisah Dua Negara Congo Yang Dipisahkan Oleh Lembangan Sungai


Sempena kalendar perlawanan antarabangsa (yang membosankan bagi sesetengah pihak), marilah kita mengetahui serba sedikit di sebalik dua buah negara di benua Afrika.

Nama mereka hampir serupa, walhal dahulunya satu kawasan yang sama. Tahukah anda terdapat dua negara Congo berdaftar dengan FIFA?

Dahulunya, kawasan lembangan sungai Congo ini merupakan kawasan pelabuhan. Pelabuhan ini mula dikenali pada penghujung abad ke-15.

Ia telah menarik ramai pedagang untuk berdagang di kawasan itu. Tidak ketinggalan pedangang daripada Eropah.

Pada 1885, Raja Leopold II Belgium telah menawan sebahagian kawasan timur lembangan sungai Congo ini sebagai hak milik peribadi. Cuma pada 1908, Kerajaan Belgium mengambil alih wilayah tersebut dan dinamakan sebagai ‘Belgian Congo’.

Di sebelah barat Sungai Congo, seteru kuasa Eropah lain iaitu Perancis telah menduduki kawasan tersebut. Ia dikenali pula sebagai ‘French Congo’.

Dekolonisasi telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi negara kuasa besar untuk memerdekakan wilayah dijajah.

Belgium memerdekakan wilayah jajahannya pada 30 Jun 1960. Wilayah itu dikenali sebagai Democratic Republic of Congo(DR Congo).

15 Ogos 1960 pula menjadi sejarah apabila Perancis memerdekan French Congo. Wilayah itu pula menggunakan nama Republic of Congo.

Masyarakat antarabangsa memang sering keliru dengan nama ini. DR Congo telah dikenali sebagai Congo-Kinshasa bersempena nama ibu negaranya, Kinshasa. Jirannya pula dikenali sebagai Congo-Brazzaville, juga mengambil nama ibu negara iaitu Brazzaville.

Wenger Dakwa Kritikan Terhadapnya Adalah Diskriminasi Usia


Arsene Wenger mendakwa sebahagian besar kritikan terhadap beliau sebagai pengurus Arsenal adalah merupakan diskriminasi usia.

Pengurus berusia 68 tahun itu didesak untuk meletak jawatan oleh segelintir penyokong setelah gagal membawa Arsenal layak ke pertandingan UEFA Champions League (UCL) pada musim lalu.

Kali terakhir Wenger berjaya membawa Arsenal bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) juga ialah 14 tahun yang lalu.

Namun demikian Wenger berpendapat prestasi di atas padang bukan satu-satunya bentuk kritikan yang dilemparkan kepada dirinya.

Bercakap kepada BeIN Sport, Wenger berkata:
“Apabila umur semakin meningkat, fokus anda ialah untuk memberikan yang terbaik kepada kelab dan tidak ambil peduli akan hal lain. Semakin usia anda meningkat, semakin usia anda menjadi bahan diskriminasi.”

“Saya terima jika keputusan di atas padang adalah tidak bagus dan anda bercakap mengenai akibatnya. Tetapi apa yang difikirkan kebanyakkan orang ialah berapa lama anda sudah berada di kelab ini. Berapakah usia anda. Itu sukar untuk saya terima.”

“Perkara lain saya harus terima kerana saya menjawat jawatan yang sentiasa diikuti oleh ramai orang. Saya juga menerima bahawa saya akan dinilai berdasarkan prestasi pasukan.”

Sejak menyertai Arsenal, Wenger telah membantu kelab London itu untuk menjuarai 3 kejuaraan EPL dan 7 kejuaraan Piala FA sepanjang tempoh 22 tahun.

Wenger turut percaya apabila tiba masanya untuk beliau meninggalkan Emirates, penyokong akan sentiasa mengenang kembali kejayaan yang pernah dibawa oleh beliau untuk kelab itu.

“Saya mungkin naif untuk mempercayai perspektif dan konteks bahawa apa yang pernah saya lakukan untuk kelab yang akan dikenang di kemudian hari.

“Tidak wajar hanya kerana beberapa keputusan buruk eberapa perlawanan ianya akan terus menjadi penentu keseluruhan sumbangan saya.”

“Saya agak bosan dengan beberapa aspek moden bola sepak seperti keperluan menjaga imej. Apa yang saya tahu sepanjang bergelar pengurus ialah bekerja dengan idea siapa diri saya sebenarnya.”

Oleh kerana itu, saya tidak mahu pedulikan kritikan yang tidak berkenaan,” jelas Wenger lagi.

Ronaldinho Tolak Pinangan Sir Alex Untuk Barcelona


Hanya dipisahkan tempoh masa 48 jam! Legenda Brazil, Ronaldinho hampir menyertai kelab Liga Premier Inggeris (EPL), Manchester United sebelum membuat keputusan untuk ke La Liga.

Bercakap kepada FourFourTwo, Ronaldinho telah mendedahkan pada 2003, perpindahannya daripada kelab Perancis, Paris Saint-German (PSG) ke Manchester United hampir direalisasikan.

Sir Alex Ferguson pada ketika itu dalam misi pencarian pemain untuk menggantikan pemain sayap England, David Beckham yang dikhabarkan bakal berhijrah ke La Liga.

Beckham akhirnya memilih untuk menyertai Real Madrid, walaupun pada awalnya dikhabarkan telah menarik minat Barcelona. Dan disebabkan itu, Barcelona telah membuat keputusan drastik.

Presiden Barcelona ketika itu, Sandro Rosell dengan segera telah menghubungi Ronaldinho, yang baru sahaja selesai perbincangan bersama Manchester United.

“Ianya hampir berlaku (perpindahan ke Manchester United),” ujar bekas pemain berusia 38 tahun itu kepada FourFourTwo.

“Semuanya berlaku dalam tempoh 48 jam, Sandro Rosell pernah bertanya sebelum ini: ‘Jika saya menjadi Presiden Barcelona, adakah anda akan datang?’.

“Saya mengiyakannya,” jelasnya yang telah mengumumkan persaraannya pada awal tahun lalu. Ronal“Perbincangan bersama United telah memasuki fasa akhir apabila Rosell menghubungi saya memaklumkan dia ketika itu dalam proses memenangi pilihanraya Presiden.
dinho sudah tidak beraksi secara kompetitif sejak dari tahun 2015.

Dan saya pernah berjanji kepadanya yang saya akan bermain di Barcelona, ianya satu rundingan yang singkat,” ujarnya lagi.

“Saya maklumkan kepada United yang saya memilih untuk ke Barca. Ia adalah pilihan yang tepat. Orang Brazil sentiasa menyukai Barca. Kami ada sejarah di sana.

“Di luar padang, ia (Barcelona) tidak seperti tempat lain di Eropah, jadi, kami sentiasa gembira untuk bermain di sana. Saya sangat rindukan Barcelona,” tambahnya lagi.

Ronaldinho memenangi lima trofi sepanjang kerier di sana, sementara Manchester United pula akhirnya melahirkan bintang baharu selepas Beckham, Cristiano Ronaldo.

Selepas menghabiskan lima musim di Barcelona, diikuti tiga tahun di AC Milan, tiba giliran satu lagi kelab Inggeris mencuba nasib untuk memancingnya ke EPL, iaitu Blackburn Rovers.

Pada 2011, selepas mengambil alih Blackburn, pemilik baharunya, Venkys telah cuba untuk membawa bintang Brazil itu ke EPL, namun Ronaldinho memilih untuk kembali ke Brazil.

“Mengenai Blackburn, kami telah berbincang bersama mereka, namun saya mahu pulang ke Brazil,” jelas Ronaldinho.

Filipina Bangkit Dari Ketinggalan Untuk Cipta Kemaraan Sulung Ke Piala Asia


Filipina mencipta sejarah manis dalam bola sepak mereka apabila bangkit daripada ketinggalan dan menang 2-1 ke atas Taijikistan untuk mara ke Piala Asia buat pertama kali.

Lebih indah sejarah itu dicipta di hadapan penyokong mereka sendiri di Stadium Peringatan Rizal.

Kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol pada separuh masa pertama. Pasukan pelawat, Taijikistan terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-64 selepas Akhtam Nazarov menjaringkan gol menerusi titik penalti.

Penalti itu dihadiahkan kepada Taijikistan kerana Kevin Ingreso menjatuhkan Nuriddin Davronov.

Namun begitu, tidak lama selepas itu Ingreso menebus kesilapan beliau. Ingreso menjaringkan gol pada minit ke-74 selepas menerima hantaran lintag daripada pemain sensasi mereka Iain Ramsay.

Filipina hanya memerlukan seri untuk mara. Namun mereka dihadiahkan penalti pada minit akhir perlawanan dan disempurnakan oleh Phil Younghusband. Itu adalah jaringan antarabangsa ke-50 untuk kapten The Azkal tersebut.

Filipina meraikan kejayaan mereka untuk mara ke Piala Asia yang akan berlangsung di UAE tahun 2019 dengan status juara kumpulan F.

Phil Younghusband mengucapkan terima kasih kepada seluruh penyokong Azkal yang berterusan menyokong pasukan mereka tanpa jemu.

Satu pencapaian yang membanggakan oleh pasukan Filipina yang masih berada dalam kedudukan ranking terbaik di Asia Tenggara dalam beberapa bulan ini.

Ini Sebab Kenapa Real Madrid Harus Lupakan De Gea Buat Masa Ini


Hampir setiap kali jendela perpindahan pemain, nama De Gea akan dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid. Daripada berita mahu menjadikan De Gea penjaga gol termahal dunia sehinggalah cerita mesin faks rosak. Semua itu menghiasi berita De Gea dan Real Madrid.

Pada jendela perpindahan akan datang, Real Madrid dikaitkan sekali lagi dengan De Gea. Florentino Perez dikatakan sudah sedia untuk berbelanja besar untuk membentuk pasukan Galaticos baru.

Ini selepas Real Madrid agak sederhana dalam beberapa siri jendela perpindahan mereka. Dengan kualiti skuad yang dimiliki Barcelona dan jarak mata yang jauh di La Liga musim ini, Real Madrid pastinya mahu memulakan musim hadapan dengan lebih baik.

Selain daripada David De Gea, Real Madrid dikaitkan juga dengan nama seperti Mohamed Salah dan juga Marcus Rashford.

Ketika ditanya wartawan tentang, adakah beliau mahu meninggalkan England untuk ke Sepanyol? David De Gea yang merupakan penjaga gol no.1 Sepanyol dengan pantas menjawa beliau tidak berminat untuk meninggalkan England pada masa terdekat.

Suasana dan penerimaan penyokong Manchester United kepada beliau antara sebab kenapa beliau merasakan Manchester United masih lagi kelab yang terbaik untuk beliau. De Gea selesa dengan apa yang beliau miliki sekarang.

Selain itu, beliau juga menceritakan bagaimana, bukan sahaja penyokong Manchester United sahaja, malah penyokong di England juga menghormati beliau.

“Di England penyokong mereka lebih menghormati saya. Saya juga ada merasakan satu pertalian yang istimewa dengan penyokong di England. Perkara itu saya kurang dapat di sini (Sepanyol).”

“Namun setiap kali saya dipanggil untuk mewakili skuad kebangsaan, perasaan girang itu ada di dalam diri saya. Itu paling penting bagi saya.”

Kelekaan Saat Akhir, Malaysia Tewas Tipis Di Tangan Lubnan


Malaysia tampil dengan aksi lebih baik berbanding dengan aksi menentang Mongolia. Lubnan menurunkan pasukan yang kuat untuk menghadapi Malaysia dalam perlawanan terakhir mereka meskipun mereka sudah pun sah berada di tangga teratas kumpulan.

Lubnan mendahului Malaysia pada minit ke-20 menerusi sepakan penalti. Kapten Lubnan, Hassan Maatouk yang dijatuhkan di dalam kotak penalti menyempurnakan tugasan tersebut.

Pada separuh masa kedua, Malaysia beraksi lebih baik daripada separuh masa pertama. Mereka cuba mencari gol penyamaan.

Berpunca daripada sepakan penjuru Nazmi Faiz Mansour, penyerang muda, Syafiq Ahmad menanduk masuk bola untuk Malaysia menyamakan kedudukan pada minit ke-72.

Kemudian, Malaysia mengendurkan intensiti permainan dan lebih kelihatan mahu membawa keputusan seri pulang ke Kuala Lumpur. Lubnan ternyata mahu menang dalam perlawanan ini.

Mereka melabur lebih ramai pemain di zon serangan. Pada masa kecederaan, Al Helwe melakukan voli deras menewaskan Hafizul Hakim.

Lubnan menang 2-1. Itu adalah kemenangan ke-5 daripada 6 perlawanan kelayakan mereka. Lubnan tidak kalah dan hanya seri sekali untuk mengutip 16 mata daripada 18 yang ditawarkan.

Malaysia menamatkan kempen kelayakan di tangga tercorot kumpulan B dengan hanya 1 mata. Hanya Macau dan Bhutan yang menamatkan kempen kelayakan lebih teruk daripada Malaysia dengan 0 mata.

Kekalahan ini juga menambahkan lagi penantian kemenangan Malaysia kepada 493 hari ataupun, setahun 4 bulan dan 8 hari. Dalam proses tersebut, Malaysia gagal menang dalam 12 perlawanan terakhir.