Pengurus City Guardiola meluahkan kemarahan kepada D­yche dengan membuat isyarat ‘bising’ kepada rakan sejawatan dan pembantu pengadil, ketika pertelagahan di antara kedua-dua mereka di Eastland awal pagi tadi susulan gol penyamaan Sergio Aguero pada minit ke-56.

“Saya minta maaf. Saya tidak mahu bertindak di luar kawalan,” kata Guardiola.

royalqq66.pkr69.com

Gol penyamaan Aguero susulan sepakan bebas Ilkay Gundogan telah mencetuskan kemarahan pemain Burnley yang menyangka pengadil Graham Scott membenarkan sepakan itu diambil sebelum mereka bersedia.

Guardiola kemudian menjelaskan tindakannya itu semata-mata satu permintaan supaya Burnley membiarkan pegawai pertandi­ngan menjalankan tugas mereka, tetapi keadaan semakin tegang dan berakhir dengan pembantu pe­ngadil Andy Haines memerintahkan jurulatih kelahiran Sepanyol itu kembali ke kawasan teknikal.


royalqq66.pkr69.com

“Saya katakan, ‘Tolong biarkan pengadil’. Saya amat menghormati apa yang beliau (Dyche) lakukan dan cara beliau bermain jelas berbeza dengan cara kami.

“Namun mereka melakukan tugas dengan sempurna dan itulah sebabnya bola sepak berada pada tahap terbaik.

“Saya fikir semua pengurus perlu mengawal tindakan mereka. Jika mereka tersinggung saya minta maaf,” katanya. – AFP